Ikan Keli Masak Gulai Tempoyak Viral

Ikan Keli Masak Gulai TempoyakDah dapat gulai tempoyak ni kalau takde lauk lain pun takpe kan. Lauk simple macam nilah kadangnya yang boleh buat bertambah nasi.

Bahan-bahan

- 1 kg ikan keli
- 30 biji cili padi
- 15 biji belimbing buluh
- 200 g tempoyak
- 1 inci kunyit hidup
- 10 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 keping asam gelugur
- 2 helai daun kunyit
- 3 biji cili merah
- 500ml air
- Garam secukup rasa

Cara-cara

- Kisar cili padi, kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih.
- Bahan kisar ni campurkan dengan tempoyak ke dalam periuk. Kemudian masukkan ikan yang dah dicuci.
- Masak atas api sederhana. Masukkan air, kalau nak lebih kuah boleh tambah air.
- Bila dah mendidih masukkan asam gelugur dan belimbing buluh yang dibelah dua.
- Perasakan dengan garam. Masukkan daun kunyit dan cili merah yang dibelah dua.
- Dah masak boleh angkat dan hidang.

Lepas ni boleh cuba okay.

0 comment... add one now