Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam ShahKemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit.



إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah....

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Rujukan: Aduan Rakyat Kedah

Biodata Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

  • Diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah.
  •  Pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu Titi Gajah, Kolej Sultan Abdul Hamid, Ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam dari Wadham College, Oxford, United Kingdom.
  • Pemangku Sultan Kedah pada Mac 1957.
  • Menaiki takhta pada 15 Julai 1958.
  • Ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 1959.
  • Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975.
  • Permaisuri Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman (mangkat pada 26 Ogos 2003).
  • Sultanah Haminah Hamidun (ditabalkan Sultanah pada 9 Januari 2004).
  • Dikurniakan tiga orang puteri, Puteri Tunku Soraya, Datuk Seri Diraja Tunku Sarina (kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 1991 pada usia 31 tahun) dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.
  • Hobi membaca buku dan bermain golf.
Istiadat pada esok hari. Bagi Rakyat yang mahu menziarahi jenazah Almarhum KDYMM Tuanku Sultan Kedah boleh berbuat demikian pada jam 11 pagi di Istana Anak Bukit dengan berpakaian serba hitam. Lelaki baju melayu bersongkok hitam dililit reben putih dan perempuan berbaju kurung hitam dan menutup aurat.


0 comment... add one now