KEPUTUSAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU (SEKOLAH RENDAH) SESI OKTOBER 2017

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Oktober 2017. Bagi anda guru - guru yang ingin menyemak keputusan Permohonan Pertukaran Guru khususnya guru Sekolah Rendah bagi sesi Oktober 2017 boleh berbuat demikian dengan pergi applikasi link tersebut https://epgo.moe.gov.my/


Berikut adalah pemberitahuan mengenai pertukaran di Laman sesawang Sistem Pertukaran Guru.

Keputusan permohonan pertukaran guru (sekolah rendah) sesi oktober 2017

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan kelulusan permohonan pertukaran guru serta penempatan bagi sesi oktober 2017 boleh disemak mengikut ketetapan berikut :

A) Mulai 6.00 petang 25 september 2017 kelulusan permohonan pertukaran antara negeri bagi sekolah rendah sahaja

B) Mulai 30 september 2017 semakan penempatan guru yang lulus pertukaran antara negeri, pertukaran antara daerah dan  pertukaran dalam daerah

C) Semua pertukaran berkuat kuasa 2 oktober 2017

Semua permohonan yang tidak berjaya bagi sesi oktober 2017 akan dipertimbangkan semula bagi sesi Januari 2018.

Sila ambil perhatian bahawa pertukaran yang diluluskan adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan.

Semoga berjaya bagi guru - guru yang ingin bertukar. Semoga dengan Perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua.

0 comment... add one now