Minum Cuka Epal Untuk Kurus

Minum Cuka Epal Untuk Kurus. Bagi mereka yang mengamalkan diet atkins, cuka epal sememangnyanya tidak asing lagi dalam pengambilannya untuk menguruskan badan dan menyingkirkan lemak - lemak yang terdapat di dalam badan. Sebelum kita mengamalkan meminum cuka epal ini, jom kita lihat apa sebenarnya cuka epal itu..



Apa itu Cuka Epal?
Minum cuka (Apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu dan mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan (nutrient) bukan lemak, cuka juga merupakan salah satu makanan paling alkali dimana ia dapat mengimbangkan keseimbangan asid alkali dalam badan anda.

Cuka epal ini juga membantu mempercepatkan metabolisma badan untuk menyingkir lemak - lemak yang terkumpul dalam badan.

Antara kebaikan Cuka Epal Adalah:
1. Membantu mengawal paras gula dalam darah dikalangan pesakit kencing manis.
2. Membantu menurunkan paras kolesterol.
3. Membantu menurunkan berat badan.
4. Membantu membuang toksin dari badan.
5. Membantu melegakan penyakit resdung dan batuk.
6. Membantu melegakan radang kulit yang disebabkan oleh gigitan serangga, umpai laut dan tumbuhan berduri.
7. Membantu melancarkan penghadaman
8. Membantu mencegah karies gigi.
9. Membantu mencegah mulut berbau
10. Membantu mencegah bau badan
11. Membantu meningkatkan metabolisme badan
12. Membantu untuk mencegah wajah berjerawat. Caranya cukup mudah, hanya sapukan dekat muka dengan kapas yang direndam dengan cuka epal yang telah dicairkan dengan air bersih dalam nisbah 1:2.

Cara pengambilan:
Campurkan dua sudu cuka epal dalam segelas air sejuk dan minum menggunakan straw menjaga enamel gigi. Cuka epal ni asidnya tinggi.

Atau

Campurkan dua sudu cuka epal dalam segelas air sejuk dan sedikit madu (tidak sesuai untuk diet atkins) untuk hilangkan rasa tak sedap cuka epal ni.

Waktu
Boleh diambil, sebelum tidur, sebelum breakfast, dan sebelum makan tengahari

Selamat Mencuba..

0 comment... add one now