Panduan Dan Cara Solat/Sholat Dhuha.

Panduan Dan Cara Solat/Sholat Dhuha. Disini kami ingin kongsikan dengan anda semua pembaca - pembaca Bicarakata.com Panduan Dan Cara Solat atau Sholat Dhuha. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Solat Dhuha merupakan solat sunat yg dikerjakan minima dua Rakaat dan juag boleh dikerjakan maksima 12 Rakaat yang masing - masing dua Rakaatnya diakhiri dengan satu salam.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha Terlengkap
Cara Mengerjakan Solat Dhuha dilakukan seperti mengerjakan Solat fardhu yang lain diawali dengan membaca Niat Solat, Membaca Surat Al Fatihah dan Suratan, Ruku, Itidal, Sujud dan Salam.

Berikut adalah Panduan Solat dhuha.

Niat Solat Dhuha 


Niat Solat Dhuha diatas dalam Rumi. "Ushalli Sunnatadl Dhuhaa Rak’ataini lillaahi Ta’aalaa,
Allahu Akbar ”.

Maksud dalam bahasa Melayu " Aku Niat Solat Dhuha Dua Raka’at kerana Allah Ta’ala, Allah Maha Besar ”’. Kemudian setelah membaca Niat Solat Dhuha, Baca Surah Al Fatihah


Untuk Rakaat pertama setelah anda membaca Surah Al Fatihah, kemudian dilanjutkan dengan membaca Surah Asy Syams (Wasy Syamsi Wadluhaaha). Ingat Suratan Asy Syams dibawah ini dibacakan di Rakaat Pertama setelah membaca Surat Al Fatihah

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas



Setelah itu Ruku', Itidal, Sujud dan kembali berdiri untuk Rakaat kedua, di dalam Solat Dhuha Rakaat kedua ini anda membaca Bacaan Surat Ad-Dhuha (Wad Dhuhaa Wal Laili) setelah anda membaca Surat Al Fatihah.


Bacaan Surat Ad - Dhuha di atas dibaca setelah Surat Al Fatihah di Rakaat kedua, kemudian Ruku, Itidal, Sujud dan Salam. Setelah anda mengerjakan Solat Dhuha ini tinggal duduk dan membaca zikir secara Khusyuk.

Setelah itu bacalah doa Solat Sunat Dhuha


Berikut adalah panduan untuk anda mengerjakan solat sunat dhuha, semoga dengan perkongsian ini akan memberi manfaat untuk anda semua.

0 comment... add one now