Peraturan Baru Masuk Thailand Yang Perlu Anda Tahu.

Peraturan Baru Masuk Thailand Yang Perlu Anda Tahu. Bagi anda yang selalu mengunjungi Negara Thailand, terdapat beberapa perkara baryu untuk anda yang perlu anda ikuti. Menurut Utusan Malaysia bertarikh 11 September 2016  Thailand akan menguatkuasakan peraturan baharu di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand bermula 1 Oktober nanti merujuk kepada Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Afandi Abu Bakar.


Antara Peraturan - peraturan yang perlu di ikuti untuk memasuki Thailand adalah:-
  • Rakyat Malaysia yang ingin ke Thailand untuk mematuhi peraturan baharu yang ditetapkan, serta menggunakan dokumen perjalanan yang sah.
  • Pelawat dikehendaki menghantar borang masuk kepada Jabatan Kastam Diraja Thailand. 
  • Mengisytiharkan kenderaan dan penumpang.
Sekiranya gagal berbuat demikian:-
  • Pemandu yang gagal mematuhi akan didenda sehingga empat atau lima kali nilai kenderaan, atau kenderaan ditahan dan berdepan hukuman penjara dua tahun. 
Maklumat terperinci tentang peraturan yang akan dimuat naik ke laman web Kementerian Luar 


Mengulas lanjut, Mohd Afandi berkata, perubahan kepada keperluan tersebut dilaksanakan untuk memudah dan memperkemaskan rekod daftar masuk orang asing ke Thailand.

Sepanjang tahun ini hingga Ogos, hanya dua kes dilaporkan melibatkan kenderaan Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand kerana melanggar peraturan masuk ke negara itu.

Rujukan: Utusan Malaysia

0 comment... add one now