Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 MRSM 2018

Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 MRSM 2018. Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM (Maktab Rendah Sains Mara)secara online untuk  pengambilan pelajar baru bagi tahun 2018 kepada calon atau pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak


Permohonan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan tiga (PT3 2017) yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

PERMOHONAN ONLINE MRSM FORM 4 (TINGKATAN 4) MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAHUN 2018

Berikut di sertakan maklumat berkaitan seperti prosedur dan cara untuk membuat permohonan atas talian (online), tempoh permohonan, syarat umum dan juga tambahan bagi pemilihan kemasukan ke tingkatan 4 Maktab Rendah Sains MARA untuk pengambilan tahun 2018

Permohonan Dibuka : 19 September 2017
Permohonan Ditutup : 31 Oktober 2017

Link Iklan Permohonan Kemasukan Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2018 (KLIK SINI)

Syarat Umum Kelayakan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2018

  • Permohonan adalah warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar tingkatan tiga (3) yang yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan

Link Maklumat Berkaitan Kelayakan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 (KLIK SINI)

Syarat Minimum, Kelayakan Asas Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2018
Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar. Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

  • Memiliki sikap diri yang positif
  • Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  • Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh displin
  • Memperoleh keputusan minimum 6A 4B (Semenanjung Malaysia) dan 5A 5B (Sabah / Sarawak) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2017 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian)
  • Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
  • Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
  • Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA

Semua pelajar tingkatan 3 (2017) yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak boleh membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 4 MRSM 2018 sekiranya berminat dengan sistem pendidikan MRSM walaupun keputusan sebenar PT3 2017 belum dikeluarkan

Bagaimanapun, hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan selepas keputusan PT3 2017 diumumkan selain mengambil kira syarat keutamaan lain yang telah ditetapkan.

Semoga Berjaya

Klik Untuk Memohon  <Tingkatan 4>

Baca juga Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 MRSM 2018

0 comment... add one now