PERMOHONAN ONLINE MRSM FORM 1 (TINGKATAN 1) MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAHUN 2018

PERMOHONAN ONLINE MRSM FORM 1 (TINGKATAN 1) MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAHUN 2018 Permohonan adalah terbuka kepada pelajar tahun enam (UPSR 2017) yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.



Beriku kami sertakan maklumat berkaitan antaranya mengenai cara - cara bagi membuat permohonan atas talian (online), tempoh permohonan dan syarat umum  dan juga tambahan bagi pemilihan kemasukan ke tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA untuk pengambilan tahun 2018

Tarikh Permohonan Dibuka 19 September 2017
Tarikh Permohonan Ditutup 31 Oktober 2017

Berikut adalah link Iklan Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2018

Syarat Umum Kelayakan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Tahun 2018

  • Permohonan adalah warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar tahun enam (6) yang yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan
Maklumat Berkaitan Kelayakan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 (KLIK SINI)

Syarat Minimum, Kelayakan Asas Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Tahun 2018
Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar. Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

  • Memiliki sikap diri yang positif
  • Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  • Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh displin
  • Memperoleh keputusan 3A 3B (Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (Sabah / Sarawak) dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2017
  • Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR 2017
  • Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
  • Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA

Klik Untuk Memohon <Tingkatan 1>

Semoga Berjaya. 

0 comment... add one now