Pizza Homemade Mudah Viral

Pizza Homemade Mudah Viral. Pizza pun dah boleh buat sendiri tau. Tapi ni simple je pakai roti putih. Jom tengok resepi.


Bahan-bahan

- 4 keping roti putih
- 4 batang sosej
- 1 biji bawang besar
- 4 keping keju
- Sos tomato dan sos barbeque secukupnya.

Cara-cara

- Bawang besar dihiris nipis. Sosej direbus dan dipotong serong. 1 sosej untuk sekeping roti ye.
- Bawang ditumis hingga layu. Kemudian taburkan atas roti.
- Letakkan sosej yang dipotong tadi di atas bawang.
- Lapiskan dengan sos kemudian keju.
- Bakar sekejap hingga keju cair.

Okay siap, bolehlah dihidang. Untuk topping sosej tu korang boleh ganti dengan isi ayam atau daging. Ikut citarasa masing-masing ye. Selamat mencuba.

0 comment... add one now