Resepi Acar Buah

Resepi Acar Buah. Bagi yang berminat untuk membuat acar buah, disini kami kongsikan cara - cara untuk membuat acar Buah. Selamat Mencuba


Bahan-bahan

- 1/2 biji timun
- 1/2 biji lobak merah
- 1/2 biji nenas
- 1/2 sengkuang
- 1/2 biji bawang besar
- 2 biji cili merah
- 5 sudu makan sos cili
- Sedikit cuka
- 4 sudu makan kacang tanah (tumbuk kasar)

Cara-cara

- Timun, lobak merah, nenas dan sengkuang dipotong kecil.
- Bawang dan cili merah dihiris nipis. Campur bersama bahan yang dipotong. Gaul sebati.
- Sos cili dicampur dengan sedikit cuka dan masukkan ke dalam bahan yang dah digaul tadi.
- Tambahkan kacang tanah yang ditumbuk, gaul dan sedia untuk dihidang.

Acar buah sedap dimakan ketika sejuk. Jadi sebelum makan simpan dulu dalam peti ais okay.

0 comment... add one now