Resepi Aiskrim Koktel

Resepi Aiskrim KoktelRasa air koktel pun dah sedap, apa lagi kalau makan dengan aiskrim. Mesti lagi berganda sedapnya. Okay kali ni nak share resepi air koktel yang dimasak ye, ada jugak yang guna terus susu segar campur dengan buah, okay cara yang ni lain sikit.


Bahan-bahan

- 1 tin susu cair
- 1/2 tin susu pekat
- 2 tin air
- 3 sudu makan tepung kastad
- 1 tin koktel
- 1 tin laici
- 1 tin jagung
- 1 bekas aiskrim (tak kisah korang nak perisa apa)

Cara-cara

- Dalam satu periuk masukkan susu cair, air, susu pekat dan tepung kastad. Okay nak tau air ni banyak mana, lepas tuang susu cair tu, pakai tin yang sama untuk sukatan.
- Tepung kastad ni masuk sekali awal-awal sebab nak mengelakkan daripada berketul. Kemudian hidupkan api, guna api sederhana je ye.
- Susu ni kena selalu kacau bagi mengelakkan tepung kastad mendap dan hangit kat bahagian bawah.
- Teruskan kacau sampai adunan susu jadi pekat. Time ni korang rasa lah, kalau kurang manis boleh tambah gula sikit.
- Dah pekat, tutup api dan biarkan sejuk.
- Kemudian masukkan koktel, jagung dan laici, kacau sebati. Actually air daripada buah-buahan tin ni pun dah manis tau so masa masak susu tadi, korang adjust je manis dia ye.

Okay siap! Hidangkan bersama aiskrim kegemaran korang. Menu ni sesuai kalau ade family gathering ke atau jamuan. Budak-budak pun suka tau.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Aiskrim Koktel"

Post a Comment