Resepi Apam Balik Viral dan Sedap

Resepi Apam BalikViral dan Sedap . Rupanya nak buat apam balik takde lah susah sangat. Lepas ni kalau rajin boleh cuba buat sendiri tau.


Bahan-bahan

- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan air
- 1/3 cawan gula
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil yis mauripan
- 2 sudu makan minyak masak
- Secubit garam

Bahan tabur
- Kacang tanah kisar
- Gula
- Jagung tin

Cara-cara

- Gula dan telur blend kan sampai kembang.
- Tambahkan soda bikarbonat, yis, minyak masak dan garam. Blend lagi.
- Tambahkan air, tepung gandum dan teruskan blend sampai sebati.
- Then rehatkan adunan selama 1-2 jam.
- Gunakan kuali non stick. Ambil dalam satu senduk kecil, tuangkan dalam kuali. Ni terpulang kalau nak tebal boleh masukkan lagi adunan tepung.
- Masukkan bahan tabur tadi. Biarkan sampai adunan tepung masak dan lipat. Ulang sampai semua adunan tepung habis.

Siap, bolehlah hidang untuk minum petang.

0 comment... add one now