Resepi Apam Coklat Moist

Resepi Apam Coklat MoistApam coklat ni sesuai kalau korang nak bekalkan kat anak pergi sekolah ke jamuan ke. Sebab nak buatnya simple and budak-budak kan memang suka rasa coklat. So tak payah nak susah fikir, buatkan je confirm habis.



Bahan-bahan

- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 3 sudu besar serbuk koko
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan gula halus
- 1/2 cawan air
- 1/2 cawan minyak masak
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur saiz A
- Acuan lompang untuk kukus

Cara-cara

- Campurkan tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk koko. Ayak dan ketepikan
- Dalam satu bekas lain campurkan susu pekat, air, minyak, gula, esen vanila dan telur. Ni korang nak pukul pakai mixer pun boleh, nak kacau pakai senduk pun okay. Mana-mana yang rasa senang.
- Okay sambil tu panaskan pengukus ye.
- Bila dah sebati adunan yang dipukul tadi, masukkan adunan tepung dan gaul lagi.
- Okay acuan lompang tadi tak perlu letak minyak ye sebab adunan coklat tadi dah ada minyak so memang takkan melekat. Melainkan korang kukus tak cukup masa and apam tadi tak cukup masak lagi.
- Masukkan adunan coklat tadi dalam lompang, sukatannya lebih kurang 3/4 dari bekas lompang tu. Jangan isi penuh pulak sebab nanti adunan tu kembang. Nak senang korang isi adunan tu dalam jug, so tuang je dalam acuan, cepat dan jimat masa.
- Okay lepas isi semua acuan, susun dalam pengukus cantik-cantik. Pastikan air pengukus dah mendidi baru kukus ye.
- Kukus lebih kurang 15 minit. Angkat, biarkan sejuk sekejap dan keluarkan apam dar acuan. Siap!

Apam ni bukan budak-budak je suka tau, mak bapak budak pun suka makan sebab memang moist sangat and tak terlalu manis. Selamat mencuaba!




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Apam Coklat Moist"

Post a Comment