Resepi Apam Nasi

Resepi Apam Nasi


Bahan-bahan

- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung beras

Bahan kisar
- 2 cawan nasi
- 2 cawan gula
- 2 cawan air suam
- 1 peket yis mauripan

Cara-cara

- Okay blend bahan kisar tadi, masukkan dalam satu bekas lain. Campurkan dengan tepung gandum dan tepung beras.
- Campuran ni gaul sebati ye. Then biarkan diperap selama 1 jam. Adunan ni akan naik berganda tau.
- Panaskan pengukus. Pastikan air dah mendidih baru kukus apam ye.
- Adunan apam ni masukkan dalam acuan, 3/4 daripada bekas acuan tu tau. Yang ni terpulanglah korang nak pakai acuan bentuk apa.
- Then kalau korang nak apam ni berwarna, masukkan je bahan pewarna sebelum perap tu.
- Kukus selama 10 minit. Then boleh angkat dan keluarkan dari acuan.

Apam nasi ni boleh makan dengan kelapa parut. Tapi kelapa ni campurkan dengan garam sikit tau. Bagi rasa lemak-lemak sikit kelapa tu. Selamat mencuba!

0 comment... add one now