Resepi Apam Susu Simple

Resepi Apam Susu Simple

Apam susu ni budak-budak memang suka sebab sedap dan teksturnya lembut je. Lagipun simple je nak buat, kukus je jimat masa dan tenaga. Okay jom cuba.



Bahan-bahan

4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu makan ovalette
4 sudu makan susu pekat
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
Pewarna (ikut korang suka nak warna apa)

Cara-cara

Pukul telur, esen vanila, ovalette dan gula sampai kembang. Then masukkan susu pekat, pukul lagi. Masukkan tepung gandum, pukul sebati dan bahagikan beberapa bahagian. Warnakan ikut warna yang korang suka. Ambil loyang, masukkan adunan  selang seli ikut warna. Sebelum tu panaskan pengukus, air dah mendidih baru kukus apam tadi. Kukus dalam 45 minit atau sehingga masak.

Okay siap, dah sejuk bolehlah potong buat minum petang. Selamat mencuba!

0 comment... add one now