Resepi Ayam Buttermilk

Resepi Ayam Buttermilk. Balik kerja kalau dah penat mesti laparkan. So kita masak yang simple je. Jom cuba.



Bahan-bahan

- 1 ketul dada ayam(potong dadu)
- 1 biji putih telur
- 1/2 cawan tepung goreng ayam
- 2 sudu makan butter
- 1 ulas bawang putih(cincang)
- 2 tangkai daun kari
- 3 biji cili padi
- 1/2 cawan susu cair
- Garam dan serbuk lada secukup rasa.

Cara-cara

- Ayam yang dipotong dadu tadi perap bersama putih telur, garam dan serbuk lada. Perap selama 10 minit.
- Kemudian celup ke dalam tepung dan goreng. Dah garing boleh angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali lain masukkan butter dan tumis bawang putih, daun kari dan cili padi.
- Masukkan susu dan perasakan dengan garam dan serbuk lada. Susu ni kalau rasa nak lebih boleh tambah lagi.
- Kacau sehingga pekat dan tuang atas ayam goreng tadi. Siap!

Takdelah susah sangat kan. Selamat mencuba.


0 comment... add one now