Resepi Ayam Goreng Ala Mcd dan Kfc

Resepi Ayam Goreng Ala Mcd dan Kfc

Mesti ramai yang suka makan ayam goreng ala-ala mcd dengan kfc kan. Ayam yang disalut tepung rangup, makan pulak dengan sos cili thai. Makan panas-panas memang awesome. Jom tengok bahan ayam goreng viral ni.



Bahan perap

- 1/2 ekor ayam
- 3 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan serbuk bawang putih
- 2 sudu makan lada sulah

Bahan tepung

- 2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan serbuk bawang putih
- 2 sudu makan lada sulah
- 2 sudu makan mixed herbs
- 1 sudu makan baking powder

-  Telur untuk salut

Cara-cara

- Gaul ayam bersama bahan perap, gaul hingga sebati dan biarkan selama 4 jam.
- Bahan-bahan tepung tadi juga di gaul sebati.
- Ayam yang telah diperap dicelup ke dalam telur dan salutkan ke dalam tepung.
- Goreng di dalam minyak yang betul-betul panas selama 10-15 minit hingga masak.

Okay siap untuk dihidang. Selamat mencuba.

0 comment... add one now