Resepi Begedil Udang

Resepi Begedil Udang


Siapa suka makan begedil kita geng. Selalunya orang buat begedil kentang dengan ayam atau daging je kan. Kali ni kita try buat begedil udang.

Bahan-bahan

- 1/2 kg ubi kentang
- 1 cawan isi udang (udang tu korang potong kecil-kecil)
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah (kalau takde yang serbuk korang tumbuk jela lada sulah tu sampai lumat)
- 1 tangkai daun sup (hiris halus)
- 1 biji cabai merah (belah 4 then buang biji, hiris cabai tu nipis-nipis)
- Garam secukup rasa
- 1 biji telur ayam
- Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

- Kupas kulit kentang dan potong kecil. Agak-agak la senang korang nak lecek nanti.
- Kentang yang dah dipotong kecil digoreng sampai masak dan lembut. Angkat dan toskan. Kentang ni korang lecek masa panas-panas ye sebab dia senang hancur. Then sejukkan kejap.
-Dalam satu bekas lain, satukan udang, lada sulah, cabai merah, daun sup dan garam. Gaul sebati ye.
- Then campurkan adunan tadi dalam kentang yang di lecek. Gaul sebati tau. Ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat. Tekan sikit supaya leper.
- Ulang sampai semua adunan habis. Telur tadi pecahkan dan kocak dalam satu bekas.
- Panaskan minyak, begedil tadi celupkan dalam telur dan goreng.

Senang je kan. Boleh makan dengan soto takpun korang buat lauk je. Selamat mencuba!

0 comment... add one now