Resepi Bubur Pulut Hitam

Resepi Bubur Pulut Hitam. Bubur ni kadang kita boleh jumpa bila ada kenduri kahwin. Selain bubur kacang hijau, ramai yang hidang bubur pulut hitam ni untuk tetamu yang datang. Selain itu juga bubur hitam ini enak dimakan ketika waktu petang dinikmati bersama - sama dengan keluarga tercinta. Nak cuba buat sendiri? Jom tengok resepi.


Bahan-bahan

- 500ml santan
- 400ml air
- 130g pulut hitam
- 150g gula melaka
- 1 helai daun pandan

Cara-cara

- Dalam satu periuk, campur pulut hitam dan air. Rebus sampai kembang dan empuk.
- Dah kembang masukkan santan, gula melaka, dan daun pandan.
- Biarkan mendidih dan boleh tutup api.

Senang je kan, asalkan bahannya ada dah boleh buat dah.

0 comment... add one now