Resepi Cendawan Goreng Tepung

Resepi Cendawan Goreng Tepung


Cendawan goreng ni memang sedap kalau buat stok untuk mengunyahkan. Okay cendawan ni terpulanglah korang nak guna cendawan apa. Cendawan tiram boleh, cendawan enoki pun boleh. Yang penting sedap.

Bahan-bahan

- 2 bungkus cendawan (ni ikut la berapa banyak korang nak goreng)
- 1 kotak tepung goreng crispy (terpulang nak tepung goreng ayam yang ori atau pun spicy)
- Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

- Basuh cendawan hingga bersih. Buang akar-akar cendawan tu. Kalau guna cendawan enoki, lerai-leraikan cendawan tu ye.
- Gaulkan cendawan dalam adunan tepung tadi. Masukkan dalam kuali dan goreng. Pastikan minyak betul-betul panas ye.
- Goreng sampai perang keemasan, angkat dan toskan. Siap!

Bila cendawan ni dah sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara. Supaya korang boleh buat stok mengunyah depan tv. Selamat mencuba!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Cendawan Goreng Tepung"

Post a Comment