Resepi Donut Gebu

Resepi Donut Gebu. Okay kali ni kita try buat donut. Nak buat makan sendiri pun boleh nak jual pun boleh.

Bahan-bahan

- 4 cawan tepung gandum
- 3 sudu makan butter
- 3 sudu makan susu pekat
- Secubit garam
- 1 peket yis mauripan (campurkan dengan sedikit air suam dan biarkan 10 minit)
- Air suam

Cara-cara

- Campurkan tepung, susu dan butter bersama. Gaulkan sebati ye, jangan bagi berketul.
- Kemudian masukkan yis yang dah dibancuh tadi, gaul lagi.
- Tambahkan air suam, gaul sampai jadi doh. Air suam ni agak-agak la sampai adunan jadi doh yang lembut, tapi bukan lembik ye. Keras sangat pun tak nak. Uli sampai doh tak melekat kat tangan.
- Bila doh dah cantik tak melekat, tutupkan dengan kain lembap selama 20 minit. Biarkan doh kembang.
- Tumbuk-tumbuk doh bagi keluar angin then bolehlah bentuk kan jadi donut. Biar sekejap bila donut dah kembang bolehlah goreng.

Okay last sekali dah siap goreng semua bolehlah salutkan dengan gula. Takpun ikutlah korang nak letak topping coklat ke ape. Selamat mencuba.

0 comment... add one now