Resepi Egg Sandwich Viral

Resepi Egg Sandwich Viral. Terima Kasih Kepada Puan Nanie yang berkongsi resepi di MAHN. Kami kongsikan resepi ini untuk kita sama - sama belajar dan mendapat manfaat daripada perkongsian Puan Nanie ini, menurut beliau:

Nanie nak share salah satu resepi makanan yang Nanie buat jualan, iaitu Egg Sandwich. Pernah menjadi sumber pendapatan Kami sekeluarga suatu ketika dulu. Banyak kenangan di sebaliknya. Nampak macam biasa-biasa je kan Egg Sandwich ni. Tapi korang tahu tak, sandwich ni dah jadi viral sekarang. Mcm2 jenis sandwich duk viral skrg ni. Korang boleh share supaya tak hilang resepi ni. Selamat mencuba korang


Nanie bagi resepi untuk 2 bundle roti yg besar ye

Bhn:
10 bj telur direbus dan dilecek
1 senduk mayonaise
1 sudu teh lada sulah ajishio

Cara:
1. Campur semua sekali dan gaul sebati


Telur yang dah siap digaul


Bahan sampingan:
Tomato dipotong bulat
Salad (Ikut suka nak guna salad pokok atau salad biji@bulat)

Cara melapis:
1. Sapu roti dengan mentega.
2. Ambik sekeping roti, letakkan tomato
3. Letakkan sesudu bumbu bancuhan twlur dan letak atas tomato tadi dan ratakan.
4. Letakkan sekeping salad di atas bancuhan telur dan last sekali letakkan roti.
5. Potong serong 2@4. Siap

*susunan roti: roti, tomato, bancuhan telur, salad, roti.


Yang ni Nanie potong serong 4 dan masukkan dlm paper cup.


Terima Kasih kami ucapkan kepada Puan Nanie yang berkongsi resepi Egg Sandwich di Facebook MAHN (Masak Apa Hari Ni) Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Boleh Folow Puan Nanie di Face beliau : NaNie

0 comment... add one now