Resepi Jamu Homemade Viral

Resepi Jamu Homemade ViralJamu ni lelaki perempuan boleh makan tau sebab jamu ni untuk hilangkan angin dalam badan, sambil-sambil boleh kempiskan perut korang tu. Kita guna bahan-bahan dapur je okay.


Bahan-bahan

- 3 sudu makan halba
- 3 cm halia
- 3 ulas bawang putih
-15 biji lada hitam

Cara-cara

- Halba tu rendam sekejap dalam 2 minit.
- Then tumbuk halba sampai hancur. Dah hancur masukkan bawang, halia dan lada hitam.
- Tumbuk lagi sehingga hancur.
- Dah hancur semua bahan gentelkan kecil-kecil. Jangan besar sangat nanti susah pula korang nak telan.
- Simpankan dalam bekas,masukkan dalam peti sejuk.

Setiap hari makanlah 2 biji pagi dan malam. Makan kena konsisten tau, barulah dapat hasilnya. Badan pun rasa ringan je, perut pun kempis.

Ibu mengandung tak sesuai ye untuk amalkan jamu ni. Yang nak sihat tu bolehlah cuba, kalau korang bersalin caesar pun boleh cuba sebab badan banyak angin kan. Selamat mencuba.

0 comment... add one now