Resepi Kek Coklat Moist

Resepi Kek Coklat Moist



Ramai kan yang suka makan kek coklat. Daripada korang beli baik buat sendiri. Satu family boleh join makan. Resepi ni senang, kita pakai blender je.

Bahan-bahan

- 1 cawan minyak
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan susu segar/susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 cawan serbuk koko
- 3 biji telur saiz A
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil serbuk penaik

Cara-cara

- Masukkan minyak, gula, susu cair, susu pekat, esen vanila dan telur ke dalam blender. So next korang blend je sampai sebati. Masukkan dalam satu bekas.
- Dalam bekas yang lain, ayakkan tepung, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Bahan ayak ni dimasukkan dalam adunan kisar, kacau secara kaup balik. Gaul sebati ye jangan bagi berketul.
- Sebelum masukkan dalam loyang, tapis lagi sekali sebab kot la ada lagi adunan tepung yang berketul.
- Korang boleh bakar atau kukus. Kalau nak kukus, pastikan air dah mendidih  baru masukkan loyang, kukus lebih kurang 45 minit.
- Kalau bakar, korang boleh bakar pada suhu 180c selama 45 minit. Tapi yang ni korang kena faham sendiri kepanasan oven korang ye.

Ok selamat mencuba!

0 comment... add one now