Resepi Kek Milo Viral

Resepi Kek Milo ViralYang tak berapa pandai buat kek tapi teringin nak buat sendiri oleh cuba buat kek simple ni. Bahan pun murah dan mudah je nak dapat.

Bahan-bahan

- 2 cawan milo
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung
- 1/2 cawan susu segar
- 1/2 cawan minyak
- 3 biji telur

Cara-cara

- Campur je semua bahan ni, kacau sampai sebati.
- Lapikkan loyang dengan baking paper, gris kan tepi loyang dengan majerin.
- Bakar adunan lebih kurang 30 minit pada suhu 180c. Ni korang kena faham sendiri oven korang ye. Ada yang perlu tambah masa, yang penting kek masak sekata.
- Kalau nak kukus pun boleh, takde masalah.

Siap! Nak makan kosong macam tu je pun boleh,kalau nak letak toping coklat pun okay, ikut selera korang. Selamat mencuba.

0 comment... add one now