Resepi Kek Pisang Blend

Resepi Kek Pisang BlendNak buat kek tapi nak yang simple boleh cuba resepi ni. Masuk blender je senang kan. Jom tengok resepi.


Bahan-bahan

- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 3 biji telur
- 4 biji pisang berangan

Cara-cara

- Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar hingga hancur dan sebati.
- Sediakan paper cup, masukkan adunan 3/4 daripada besar acuan.
- Kukus selama 10-15 minit.
- Dah masak keluarkan dan biar sejuk. Kek ni gebu tau.

Okay siap! Simple je nak buat menu minum petang kan. Selamat mencuba.

0 comment... add one now