Resepi Kek Span Mudah

Resepi Kek Span MudahKadang teringin makan kek tapi malas nak keluar. So kita buat je sendiri tapi pastikan bahan-bahan kat dapur cukup ye.

Bahan-bahan

- 150g tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 50g minyak / butter dicairkan
- 1 sudu kecil esen vanila
- 50g susu cair
- 1 sudu makan ovalete
- 120g gula halus
- 4 biji telur saiz A

Cara-cara

- Dalam satu bekas, satukan semua bahan kecuali minyak. Sebelum tu tepung dengan serbuk penaik tu ayak dulu ye.
- Pukul bahan sampai kembang dan berwarna putih.
- Dah kembang, masukkan minyak atau butter cair. Kacau dengan kaedah kaup balik ye. Cukup bagi adunan sebati.
- Griskan loyang dengan minyak atau butter, masukkan adunan tadi.
- Bakar pada suhu 170c selama 35 minit.
- Dah masak biarkan sejuk dan potong.


Sedia untuk dihidang. Kek span kosong tanpa topping ni buat menu minum petang makan dengan kopi o pun sedap.

0 comment... add one now