Resepi Kuih Karas Viral

Resepi Kuih Karas Viral. Siapa suka makan kuih karas ni? Ke ada yang tak tau kuih karas tu ape. Siapa yang tau dan suka makan, dah boleh cuba buat sendiri ye.

Bahan-bahan

- 1 kg tepung beras
- 720g gula
- 750ml air
- 1 1/2 liter minyak masak

Cara-cara

- Masukkan air ke dalam satu periuk, kemudian tambahkan gula dan kacau hingga mendidih.
- Dah mendidih tutup api dan sejukkan.
- Adunan gula yang dah sejuk tadi masukkan ke dalam tepung dan gaul. Gaul sebati ye.
- Panaskan minyak untuk menggoreng, masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam acuan kuih karas dan bentukkan dalam kuali.
- Goreng dan terbalikkan supaya sekata. Goreng hingga kekuningan ya. Dah siap goreng boleh angkat.

Senang je kan caranya. Resepi pun mudah simple je bahannya, boleh cuba sendiri lepas ni.

0 comment... add one now