Resepi Kuih Kaswi

Resepi Kuih KaswiSiapa yang suka makan kuih ni tapi tak tahu macam mana nak buat? Okay jom tengok resepi dan cara nak buat kuih ni.


Bahan-bahan

- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 cawan gula
- 1 cawan gula merah
- 5 cawan air
- 3/4 sudu makan kapur sireh

Cara-cara

- Dalam satu bekas, campurkan semua bahan kecuali kapur. Kacau sampai semua gula larut.
- Kemudian tapis ke dalam bekas lain. Kapur tadi bancuh dulu dengan 3 sudu makan air.
- Masukkan bancuhan kapur ke dalam adunan yang dah ditapis tadi.
- Kacau sampai bancuhan kapur sebati dengan adunan.
- Sediakan satu loyang, griskan bahagian tepi loyang dan masukkan adunan kuih tadi.
- Panaskan pengukus, bila air pengukus dah mendidih baru kukus adunan kuih.
- Tutupkan bahagian atas loyang dengan plastik atau kain supaya air tak menitik atas kuih.
- Kukus selama 30 minit. Dah masak sejukkan dan boleh potong.

Okay dah siap korang punya kuih kaswi. Makan bersama kelapa parut yang digaul dengan garam. Memang sedap!

0 comment... add one now