Resepi Kuih Kuaci Mudah dan Cepat

Resepi Kuih Kuaci. Bagi anda yang ingin membuat Kuih Kuaci di sini kami kongsikan dengan anda semua resepi Kuih Kuaci. Bagi anda ingin membuat kenduri kendara kuih kuaci sememangnya menjadi salah satu menu feveret bagi hidangan sewaktu kenduri nanti. Selamat Mencuba.


Bahan-bahan
- 1 bungkus tepung pulut.
- Daun pisang
- 1/2 biji kelapa parut.
- 1 mangkuk sedang gula
- 1 helai daun pandan
- 1 cawan santan
- Garam secukup rasa

Cara-cara
- Masak gula di dalam satu periuk atau kuali. Biar gula hingga keperangan. Api guna api kecil je ye.
- Then masukkan kelapa parut, air dan daun pandan. Gaul sebati hingga pekat.
- Dalam satu bekas lain, adun kan tepung pulut dan santan. Tambahkan sedikit garam untuk perasa.
- Bentuk kan adunan tepung menjadi bulat. Tekan supaya leper dan letakkan inti kelapa tadi.
- Bungkuskan inti kelapa dengan tepung.
- Daun pisang dipotong kecil untuk membungkus kuaci tadi. Sesuai kan saiz daun pisang dengan kuaci yang nak dibungkus.
- Panaskan kukusan dan kukus kuih kuaci selama lebih kurang 20 minit. Siap untuk dihidang.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Kuih Kuaci Mudah dan Cepat"

Post a Comment