Resepi Kuih Peneram

Resepi Kuih Peneram

Ada ke yang tak tau kuih peneram ni. Kuih ni sedap tau, kat pasar malam pun selalu ada orang jual. Jual panas-panas lagi tu. Jom belajar resepi kuih peneram ni.


Bahan-bahan

- 4 cawan tepung beras
- 2 cawan gula merah
- 2 cawan air
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan tepung gandum
- Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

- Dalam satu periuk, campurkan gula merah, gula pasir dan air. Masak atas api sampai semua gula larut dan sebati. Masak sampai mendidih ye.
- Okay bancuhan gula ni korang masukkan dalam tepung beras, sambil tu tapis ye kot ada gula yang tak hancur.
- Tambahkan tepung gandum dan gaul sampai sebati. Bancuhan ni orang gaul sampai jadi doh tau. Then perap selama 2-3 jam.
- Adunan tepung ni korang gelekkan bagi sekata ketebalannya. Then gula acuan bulat tekapkan jadi bentuk macam donat tu.
- Sambil tu panaskan api ye. Guna api sederhana. Doh yang dah ditekap tadi masukkan dalam kuali dan dia akan timbul dan kembang cantik. Rajin-rajin terbalikkan peneram ni supaya masak sekata.

Okay siap, korang nak cuba jual pun boleh sebab peneram ni memang sedap and ramai yang suka.

0 comment... add one now