Resepi Kuih Sagu

Resepi Kuih SaguKuih sagu ni memang sedap makan sejuk-sejuk. Kombinasi dengan kelapa tu yang buat kuih ni cukup rasa manis dan lemak dia. Okay jom cuba.


Bahan-bahan

- 2 cawan sagu
- 1 cawan gula
- 3 cawan air
- Sedkit sirap ros
- Sehelai daun pandan
- Kelapa parut

Cara-cara

- Sagu dibasuh dan direndam selama 10 minit. Lepas 10 minit toskan sagu tadi.
- Dalam satu periuk, campurkan air, gula, sirap dan daun pandan. Daun pandan ni korang simpulkan jelah.
- Campuran ni korang masak atas api dan kacau sampai semua sagu kembang. Kalau boleh jangan berhenti kacau ye.
- Okay dah siap masak, keluarkan daun pandan tadi.
- Ambil loyang saiz dalam 8 inci, sapu minyak pada loyang tu.
- Tuangkan adunan sagu tadi, lapikkan plastik atasnya. Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti ais bahagian chiller.
- Okay untuk kelapa parut pulak, agak-agaklah banyak mana korang nak gaul dengan sagu tu nanti. Kelapa parut ni kukus sekejap dengan sedikit garam.
- Bila nak makan kuih sagu tu,potong dan gaul bersama kelapa.

Okay siap dah! So anak-anak muda sekarang pun boleh cuba buat kuih sagu ni, tak susah mana pun. Selamat mencuba!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Kuih Sagu"

Post a Comment