Resepi Lempeng Tepung Mudah Dan Sedap

Resepi Lempeng Tepung Mudah Dan SedapBuat lempeng ni senang je. Lagi-lagi bila dah kehabisan idea nak buat menu minum petang. Asalkan ada tepung dah boleh buat dah.


Bahan-bahan

- 1 kg tepung gandum
- 1 peket yis mauripan
- 1 senduk gula (okay yang ni terpulang ye ikut manis yang korang nak)
- Air untuk bancuh
- Secubit garam

Cara-cara

- Bancuh semua bahan, adunan ni korang bancuh macam nak buat apam tu. Then biarkan kembang.
- Gunakan kuali leper, sapukan sedikit minyak supaya lempeng tak melekat. (Nak guna kuali biasa pun boleh,tapi ambil masa sikit nak tunggu masak sebab tengahnya tebal)
- Ambil dalam 1 hingga 2 senduk bancuhan dan tuang ke dalam kuali.
- Korang gelek-gelek kan sikit kuali tu supaya bancuhan sekata ketebalannya.
- Guna api kecil ye supaya lempeng tak hangit.
- Lempeng ni korang biar sampai garing dan terbalikkan. Bila dua-dua dah cukup garing, angkat.
- Buat sampai semua bancuhan habis.

Lempeng ni sedap makan dengan kelapa parut atau kuah kari. Kalau makan kosong gitu pun sedap je, selamat mencuba.

0 comment... add one now