Resepi Masalodeh Rangup dan Gebu

Resepi Masalodeh Rangup dan GebuSetiap kali pergi pasar atau beli sarapan nasi lemak, mesti selit sekali dengan kuih ni. Sedap tau, beli 2,3 biji memang makan sorang je. Jom tengok bahan-bahannya mana tau boleh buat sendiri jugak.


Bahan-bahan

- 500g kacang dhal
- 3 biji bawang besar(hiris)
- 2 biji cili hijau(hiris)
- 2 helai daun kari(hiris)
- 1 sudu makan jintan putih
- 1 sudu makan jintan manis
- 30ml air
- Garam secukup rasa

Cara-cara

- Kacang dhal rendam dulu selama 2 jam. Dah rendam dan toskan, kisar kacang dhal ni tanpa air okay.
- Dah kisar masukkan dalam satu bekas. Campurkan dengan bahan-bahan lain.
- Gaul adunan sehingga menjadi doh. Then bulat-bulatkan dan tekan supaya jadi leper sikit.
- Panaskan minyak untuk menggoreng, goreng masalodeh hingga keperangan dan angkat.

Makan panas-panas waktu petang mesti best. Kena pulak hujan, minum dengan teh o memang ohsem. Kena cuba okay.

0 comment... add one now