Resepi Mee Goreng Mamak Special

Resepi Mee Goreng Mamak SpecialMee goreng makan panas-panas waktu petang, hujan pulak tu memang berselera sangat. Okay ni resepi untuk sorang makan ye. Kalau nak buat untuk satu family, gandakan bahan.



Bahan-bahan

- 1 pinggan mee kuning
- 2 sudu makan cabai kering yang dikisar
- 2 ulas bawang putih (ketuk)
- 2 biji bawang merah (hiris kasar)
- Sedikit isi ayam (potong dadu)
- 1 biji telur
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan kicap
- Garam secukup rasa
- Sedikit sayur sawi
- Minyak untuk menumis

Cara-cara

- Panaskan minyak dan tumis bawang. Dah naik bau, masukkan cabai kisar tadi. Kacau sebati.
- Masukkan ayam, kacau lagi. Kemudian tambah kan sos dan kicap.
- Agak-agak isi ayam dah masak, masukkan mee dan gaul. Masukkan sayur sawi dan kacau sebati.
- Perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan telur dan gaul. Tutup api dan angkat.

Okay sedia untuk dihidang. Hiaskan dengan daun bawang dan daun sup, hidangkan bersama hirisan limau kasturi. Selamat mencuba!

0 comment... add one now