Resepi Nasi Ayam Hainan

Resepi Nasi Ayam Hainan

Bagi yang suka makan nasi ayam boleh cuba resepi nasi ayam hainan ni. Selalu beli je kan, kali ni apa kata kita cuba buat pulak.



Bahan A

1 ekor ayam
3 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 buku halia - potong nipis
1 kiub pati ayam
Sedikit garam

* Masukkan ayam ke dalam periuk. Masukkan air sehingga ayam tenggelam. Tambahkan bawang putih, halia, pati ayam dan garam. Rebus hingga ayam empuk lebih kurang 20 minit. Dah masak, ketepikan ayam dan potong. Air rebusan ni bahagi dua untuk sup dan untuk masak nasi nanti. Ayam yang dipotong hidangkan bersama sos cair dan daun sup sebagai hiasan.

Bahan B

1 biji capsicum
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu makan gula
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan cuka

* Kisar semua bahan dan masak hingga pekat

Bahan C

4 cawan beras
2 sudu makan minyak masak
2 ulas bawang putih
2 inci halia-potong nipis
1 sudu makan minyak bijan
1/2 daripada air rebusan ayam tadi

* Tumis bawang putih dan halia hingga garing dan naik bau. Bahan tumis ni pun bahagi dua, separuh masukkan dalam periuk nasi, lagi separuh masuk dalam sup ayam. Masak nasi seperti biasa.

Bahan D

1/2 daripada air rebusan ayam tadi
1/2 daripada bahan tumis
Daun sup

* Air rebusan ayam tadi masak atas api hingga mendidih, masukkan bahan tumis. Dah nak tutup api tu masukkan daun sup yang dihiris, jangan masuk daun sup awal sangat nanti daun layu.

Bahan lain, korang potong tomato, timun dan salad untuk makan dengan nasi ayam ni. Selamat mencuba.

0 comment... add one now