Resepi Pancake Korea

Resepi Pancake Korea. Kalau korang rasa lapar waktu tengok tv malam-malam tu, korang boleh cuba buat pancake ni okay.


Bahan-bahan

- 1 cawan tepung gandum
- 3 biji telur
- 1 suku kecil serbuk penaik
- Sesubit garam
- 1/2 cawan air
- Beberapa tangkai daun kucai (Potong kecil)
- 2 batang cili merah (Hiris nipis)
- 5 batang crab stik (potong panjang)

Cara-cara

- Okay firstly, bancuh tepung bersama air.
- Masukkan telur, kacau sebati. Bancuhan ni kadar kecairannya macam nak buat telur dadar. Tak terlalu pekat atau terlalu cair.
- Then masukkan garam, daun kucai, cili merah dan crab stik. Kacau sebati okay.
- Korang rasa la bancuhan tu kalau tawar boleh tambah lagi garam atau bahan perasa.
- Gunakan non stick pan atau kuali biasa pun boleh tapi letak sikit minyak.
- Ambil dalam sesenduk kecil dan tuang dalam kuali. Biarkan masak dan sedikit garing. Terbalikkan, masak sehingga adunan habis.

Makan dengan sos cili thai memang sedap. Selamat mencuba.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Pancake Korea"

Post a Comment