Resepi Paprik Ayam

Resepi Paprik Ayam

Makan nasi putih dengan lauk Paprik Ayam memang sedap. Lagi-lagi time hujan perut pun lapar, laju je ke dapur terus masak. Satu family boleh makan sedap. Jom cuba resepi ni.



Bahan - bahan

2 ketul ayam-potong kecil
3 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
1 biji bawang besar-potong bulat
Sedikit halia-hiris
3 batang serai-ketuk
5 helai daun limau purut-potong halus
Sos tiram- secukup rasa
Sos cili- secukup rasa
Kicap manis-secukup rasa
Sos tomato-secukup rasa

Bahan sayur

Cendawan
Lobak merah-boleh potong bulat atau panjang
Bunga kubis
Lada besar merah
1 biji tomato-belah 6

Cara-cara

-Goreng ayam, sedang-sedang je jangan garing sangat. Then ketepikan.
-Tumis serai, bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng sampai naik bau.
-Masukkan air, nak kuah lebih masukkan dua gelas air pun boleh.
-Tambah limau purut, lobak dan bunga kubis. Kacau hingga mendidih.
-Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan garam secukup rasa.
-Kacau sekejap dan masukkan ayam yang digoreng tadi, tambah cendawan, bawang besar, tomato dan lada merah.
-Kacau hingga kuah pekat. Siap!

Masak sendiri lagi puas hati kan, boleh makan nasi bertambah lagi tu. Selamat mencuba!

0 comment... add one now