Resepi Puding Jagung

Resepi Puding Jagung. Bagi peminat - peminat Puding, disini kami ingin kongsikan dengan anda semua, resepi untuk membuat pudding Jagung yang lazat. Dibawah disertakan resepi pudding jagung yang lembut dan sedap untuk anda semua, selamat mencuba.


Bahan-bahan

- 1 cawan tepung kastad
- 1 cawan jagung manis
- 1/4 cawan gula
- 1 1/2 cawan susu cair
- Garam secukup rasa

Cara-cara

- Campurkan semua bahan dalam kuali.
- Gaul sebati, api perlahan je ye. Gaul sampai adunan pekat.
- Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas. Dah sejuk, bolehlah potong.
- Ataupun masukkan dalam peti sejuk sebab puding jagung ni makan sejuk-sejuk lagi sedap.

 Puding jagung ini sesuai untuk dihidangkan apabila mengadakan kenduri ataupun jamuan.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Puding Jagung"

Post a Comment