Resepi Puding Roti Karamel

Resepi Puding Roti Karamel. Siapa yang tak suka puding kan. Budak-budak lagi suka sebab sedap dan kena dengan tekak. Kali ni kita try buat puding roti.


Bahan-bahan

- 4 keping roti putih
- 4 biji telur
- 3-4 sudu makan gula
- 1 tin susu cair
- 3/4 tin susu pekat
- 3/4 cawan air suam
- 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

- Yang ni kita buat karamel dulu ye. Masukkan gula dalm kuali dan masak hingga keperangan.
- Dah perang masukkan sedikit air dan kacau sebati.
- Bila semua gula dah larut tutup api dan masukkan dalam loyang. Ratakan.
- Roti tadi carik-carikkan dan campur bersama susu pekat, susu cair dan air suam.
- Blend semua sampai sebati ye.
- Untuk telur pulak,pukul sampai hancur dan masukkan dalam adunan roti. Tapi tapis dulu tau.
- Then masukkan esen vanila, blend lagi adunan sampai sebati.
- Tuangkan adunan roti ni ke dalam loyang yang ada karamel tadi. Sambil tuang tu sambil tapis ye.
- Periuk kukus tu panaskan dan kukus adunan selama 45 minit. Kalau belum masak boleh tambahkan masa.

Lepas masak sejukkan puding tadi dan masukkan dalam peti sejuk. Nak makan baru potong. Selamat mencuba.

0 comment... add one now