Resepi Puding Tiramisu

Resepi Puding TiramisuSiapa yang suka makan kek tiramisu apa kata korang try puding pulak. Caranya pun senang je, jom cuba.


Bahan-bahan

- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 5 tin air
- 11 sudu makan tepung jagung
- Biskut mery
- Milo secukupnya

Cara-cara

- Dalam satu periuk satukan susu pekat, susu cair, air dan tepung kastad.
- Kacau sampai tepung sebati dan masak atas api.
- Masak sampai pekat tau, dah nampak berkilat macam tu tutup api.
- Sediakan loyang atau bekas (ni kalau nak buat dalam bekas kecil dan banyak)
- Tuang sedikit kastad tadi dalam loyang,lapiskan dengan biskut mery dan tabur milo.
- Ulang sampai semua bahan habis.
- Simpan dalam peti sejuk dan hidang bila nak makan.

Sedap tau makan sejuk-sejuk. Boleh dijadikan desert setiap petang. Selamat mencuba.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Puding Tiramisu"

Post a Comment