Resepi Puding Triffle

Resepi Puding TriffleSiapa suka makan puding yang berwarna-warni, yang comel boleh cuba puding triffle ni eh.


Bahan-bahan

- 1 tin buah koktel
- 2 cawan susu cair
- 3 cawana air
- 1 cawan tepung kastad
- 2 gulung kek swissroll (apa-apa perisa yang korang suka)
- 1/2 cawan gula
- 1 peket jeli kristal perisa strawberry(brand nona)

Cara-cara

- Kek swissroll tadi potongkan dan susun dalam bekas.
- Buah koktel dalam tin tadi korang tapis, airnya tuang dalam bekas yang ada kek tadi. Buahnya ketepikan dulu.
- Dalam satu bekas lain, campurkan tepung kastad, susu cair , gula dan air.
- Then masak atas api. Masak guna api perlahan. Kacau sampai pekat tau.
- Dah masak, tuang atas kek tadi. Taburkan buah-buahan yang korang tapis tadi. Guna separuh je tau.
- Okay untuk jeli pulak,korang masak ikut arahan dekat kotak tu.
- Tuang perlahan-lahan atas kastad tadi. Then tabur baki buah tadi atas jeli.
- Sejukkan.

Dah sejuk boleh lah makan. Nak senang korang guna bekas kecil-kecil, senang nak hidang untuk tetamu yang datang.

0 comment... add one now