Resepi Puteri Ayu Cheese

Resepi Puteri Ayu CheeseBiasa kita makan puteri ayu yang ada kelapa tu je kan. Kali ni kita try yang ada cheese pulak. Ke ada yang tak tau kuih puteri ayu ni?


Bahan-bahan

- 2 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula kastor
- 1 cawan susu cair
- 1 sudu kecil ovalete
- Pewarna

Bahan cheese
- 250g cream cheese
- 2 sudu makan gula
- 25ml air
- 1 sudu makan susu cair
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

- Pukul gula dan telur hingga kembang. Then masukkan ovalete, pukul lagi dan masukkan tepung dan susu. Pukul hingga sebati dan bahagikan kepada beberapa adunan.
- Warnakan adunan ikut warna yang korang suka.
- Untuk adunan cheese, pukul semua bahan hingga sebati.
- Oleskan acuan dengan minyak dan masukkan adunan cheese lebih kurang 1/4 dari tinggi acuan.
- Kukus lebih kurang 2-3 minit adunan cheese tadi, kemudian masukkan adunan tepung yang diwarnakan tadi ke atas adunan cheese yang dah dikukus.
- Kukus lagi dalam 10 minit. Keluarkan dan sejukkan.

Siap! Senangkan, boleh cuba untuk menu minum petang.

0 comment... add one now