Resepi Roti Butter Golok Viral

Resepi Roti Butter Golok Viral. Disini kami ingin kongsikan pada anda semua Resepi Roti Butter Golok Viral khas buat peminat-peminat dan penggemar roti homemade. Resepi ini dikongsikan oleh Izni Husain di facebook MAHN.



Resepi Roti Butter Golok Viral

Bahan-bahan

1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur

Cara-caranya

1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih.
2. Telur dipukul sedikit.
3. Campurkan susu pekat, gula , planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati.
4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok).
5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
6. Kemudian tumbuk-tumbuk doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin.
7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas.
8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda.
9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c.
10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin atau butter cup dan tabur dengan gula halus.

Siap...

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Kredit Resepi & gambar kepada Izni Husain (MAHN)

0 comment... add one now