Resepi Roti Gulung Sosej

Resepi Roti Gulung SosejSiapa yang dah habis idea nak buat sarapan apa, jom try roti gulung sosej ni. Confirm sedap, budak-budak pun suka.


Bahan-bahan

- 10 keping roti putih
- 1 bungkus sosej
- 10 keping keju
- 2 biji telur
- Serbuk roti
- Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

- Lenyekkan setiap keping roti tu. Gelek pakai gelas pun takpe asalkan jadi nipis.
- Lapiskan roti dengan sekeping keju. 1 keping roti guna sekeping keju ye.
- Letakkan 1 batang sosej atas cheese tadi dan gulung roti tu.
- Habiskan semua roti dan sosej yang ada ye.
- Okay panaskan api. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan gulungan roti tadi ye.
- Untuk menggoreng, telur tadi pecahkan dalam satu mangkuk dan kacau. Telur ni nak salut pada roti sebelum goreng. Roti yang dah disalut telur, salut kan pula dengan serbuk roti.
- Goreng sampai roti nampak keperangan. Angkat dan letak dalam pinggan yang dilapik dengan tisu untuk serap minyak berlebihan.
- Then potong serong roti kepada dua. Siap!

Sediakan roti sosej bersama dengan sos dan mayonis. Sedap sangat!

0 comment... add one now