Resepi Roti Puri

Resepi Roti PuriBalik kerja penat-penat mesti lapar kan. Okay ni resepi simple yang korang boleh try.


Bahan-bahan

- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil yis
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 sudu kecil gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 3/4 cawan air panas

Cara-cara

- Gaulkan semua bahan kecuali air panas. Bahan ni semua gaul sebati ye.
- Dah sebati baru masukkan air panas. Gaul adunan sampai tak melekat kat tangan.
- Bulat-bulatkan adunan tadi dan perapkan selam 15 minit supaya kembang.
- Lepas tu korang bolehlah lenyekkan bagi nipis. Guna penggelek atau gelas pun boleh.
- Panaskan minyak, bila dah cukup panas masukkan adunan yang korang lenyek tadi.
- Roti ni akan mengembang tau. Goreng sampai kekuningan dan angkat.

Siap! Makan kosong macam tu je pun sedap. Kalau ada kuah kari atau sambal lagi best.

0 comment... add one now