Resepi Sagu Gula Melaka

Resepi Sagu Gula Melaka. Buat anda yang ingin membuat dan menikmati kuih sagu, disini kami kongsikan kepada anda Resepi Sagu Gula Melaka. Semoga perkongsian daripada Nornathasha Mohd Isa ini dapat memberi manfaat kepada kita.

Bahan - Bahan
- susu cair / santan
- sagu speket (jenis kecik)
- gula melaka (prefer yg sebiji tu)
- rose sirap
- daun pandan

Cara-caranya
Air Gula
- hancurkan gula melaka
- masak dengan daun pandan
- air jgn banyak.. sebab nak bagi pekat
*klu x pekat gula tu, nanti tambah gula pasir putih tu sikit bagi likat sikit.. bukan likat banyak..
- biarkan sejuk dlm 15 minit

Sagu
- rendam sekejap sagu dlm air (sementara hancurkan gula melaka tadi)
- kemudian rebus sagu tu dengan air paras - paras sagu. Kalau nak letak daun pandan pun boleh.
- masukkan sirap rose tanpa gula tu 2 sudu besar
- standby air extra sebab takut air kering cepat.
- masak sampai hilang warna putih sagu tu dan jadi macam lembut creamy2 cewah..
(x kuar krim tau.. tu perumpamaan je haha)
- biarkan sejuk dalam bekas lain
*sy letak dlm bekas aluminium siang ikan tu haha*

Okie Bab Mekap pulak,
- letak gula merah tu dulu dlm 3 sudu besar
*bole adjust klu xnak manis sgt*
- letak sagu timpa atas gula tu dlm 2 senduk nasik
- tuang susu cair atas sagu.. jgn byk sgt..
- klu guna santan, org kata letak garam sikiiit aje.. so lg sedap dr susu hehe
Pastu sejukkan dalam peti ais.. siap!
Oh bahan2 ni ngam2 dapat 5 cawan. hehe..

Kredit Fb : Nornathasha Mohd Isa



0 comment... add one now