Resepi Sambal Kicap

Resepi Sambal KicapSambal kicap ni memang wajib ada kalau nak makan soto atau bihun sup. Kalau tak mesti rasa kurang je soto atau bihun sup tu kan. Bagi yang tak tau cara nak buat, jom tengok resepi.


Bahan-bahan

- 1 botol kicap pekat jalen (warna ungu)
- 3 biji bawang besar
- 15 tangkai cabai besar
- 33 tangkai cili padi
- 1 labu bawang putih
- Gula jika perlu

Cara-cara

- Okay untuk bawang, cabai besar dan cili padi, korang potong kasar pun takpe. Sebab takkan nak kisar bawang sebiji besar macam tu kan.
- Okay dah potong semua, goreng bahan-bahan tadi dengan sedikit minyak.
- Goreng agak dah nampak layu je then angkat.
- Semua bahan ni termasuk kicap tadi korang kisar sampai hancur. Guna sebotol kicap tu tau.
- Lepas tu korang boleh lah rasa, kalau kurang manis boleh tambah gula ikut citarasa ye.

Okay siap. Ni memang resepi untuk sebotol kicap tu ye. Senang untuk kenduri atau korang berniaga buat sekali banyak terus. Selamat mencuba.

0 comment... add one now