Resepi Sambal Sotong Kering

Resepi Sambal Sotong KeringOkay kita try pulak resepi sambal sotong. Buat sambal untuk nasi lemak pun sedap kan. Apapun jom try dulu.

Bahan-bahan

- 2 keping sotong kering
- Garam secukup rasa
- Air asam jawa
- Air
- Gula secukup rasa

Bahan kisar
- 2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- 15 batang cili kering

Cara-cara

- Rendam sotong kering semalaman. Kemudian potong ikut besar yang korang nak.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Belacan tu korang boleh tukar nak guna udang kering pun boleh.
- Dah garing dan pecah minyak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Kemudian masukkan sotong dan gaul rata. Last sekali masukkan air asam dan biar hingga kering. Kalau nak berkuah sikit boleh tambah air.

Okay siap. Mudah je kan bahannya. Boleh dah try masak untuk lunch lepas ni. Selamat mencuba.

0 comment... add one now