Resepi Sambal Tumis Udang Petai

Resepi Sambal Tumis Udang PetaiSambal tumis udang memang sedap buat lauk untuk nasi lemak. Ditambah pula dengan petai, mesti ada yang bertambah nasi.


Bahan-bahan

- 10 ekor udang
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang merah (kisar)
- 4 ulas bawang putih (kisar)
- 1 senduk cili kisar
- 1 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- Air asam jawa
- 1 papan petai (kalau nak lebih boleh tambah)

Cara-cara

- Okay pertama sekali panaskan minyak, goreng udang sekejap then ketepikan.
- Tumiskan cili, bawang merah dan bawang putih yang dikisar tadi. Tumis hingga naik bau dan nampak garing ye. Guna api perlahan je kalau tak hangit pulak.
- Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Teruskan kacau, sambal ni akan nampak cantik dan berkilat tau. Kemudian masukkan petai.
- Last sekali masukkan udang yang dah digoreng tadi, gaul sebati. Bawang besar dipotong bulat, masukkan dan gaul sampai agak layu.
- Kalau nak kuah boleh tambah air dan sesuaikan rasa dia.

Okay siap! Selamat mencuba.

0 comment... add one now